Friday, October 06, 2006

CERITA HARI INI

KISAH SEORANG PAK CIK

Ada seorang pak cik yang bernama Pak DI yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000
di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak
Di dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk
menympan RM1000nya.
Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh
Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office
dan bertanya.

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menyimpan RM1000 dibank.Apa
kerja pak cik?

Pak DI : Saya ni sebenarnya takde kerja encik. Cuma saya suka bertaruh.
Setiap hari saya akan bertaruh dan
saya tak pernah kalah.


Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu
dengan orang yang teror
macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya
jangan haraplah nak menang.

Pak DI : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.


Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.


Pak DI: Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan
kehilangan telur encik. Kalau betul encik
akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar
encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.


Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada.Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada....... Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak DI.

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..


Pak DI : Betul ke?
Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil
tersenyum Pak DI pun berkata..Okaylah..
Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak DI
pun menghulurkannya.


Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah
pakcik. Hari ni pak cik tak dapat pergi bank
lagi laaaa keh..
keh.. keh...

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kuanter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak DI.....

Manager: mana pak cik dapat duit sebanyak tu?


Pak DI : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak DI : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank.....

Manager : Tak guna punya orang tua




KISAH RM20

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk naktanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah
ayahnya lagi..

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgitdari ayah? Si ayah mula menjadi berang dan
berkata, "Oh, itu kesebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa
dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nakbeli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja
cari duit,kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah
pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali kebiliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju kebilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni "Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!"Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpitoleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu?? "Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan..... "Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayahbagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayahambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah dipejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

P/S : The moral of this story... Kongsilah cite ni nganse sape je yg anda suka tapi..yang penting skali, sharelah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk... Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita.. Bayangkan...kalau kita mati.. nanti majikan kita akan senang2 cari orang lain..gantikan kita. Tapi..keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni
pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidupmereka...Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat untukkeluarga kita?.. untuk insan yang kita Sayang??=)



No comments: